Friday 9 December 2011

cinta abadi




6 Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita

1) Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka

Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
...
2) Lelaki ingin cari wanita yang menarik

Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk dijadikan pasangan.

3) Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka

Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.

4) Lelaki ingin cari wanita yang setia

Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

5)Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya

Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.

6) Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang dicari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk dijaga dan dibelai.

QRM : Wahai lelaki-lelaki yang sudah mempunyai isteri, tolonglah hargai isteri kamu. Mencari yang lain itu bererti kamu tidak menghargai dan tidak mensyukuri apa yang ada pada kamu biarpun kamu ada hak beristeri sehingga 4 orang.

Apatah lagi jika isteri-isteri kamu 'hari-hari mahu', adakah kamu dapat berlaku adil?
Saya berkata, sedari dan memerhati kerana saya mempunyai ramai wanita di dalam hidup saya iaitu anak-anak saya, arwah nenda, ibunda, kakak dan adik perempuan, saudara-mara wanita yang lain serta para sahabat wanita yang lain.

Lindungilah wanita dengan tangan kamu sendiri dengan sentiasa berada di sisi mereka setiap waktu. Bukan dengan kaki kamu dan melangkah ke mana sahaja tanpa mereka di sisi kamu.





>Kadang-kala apa yang kamu mahu adalah seseorang wanita yang bisa membuktikan sesuatu, namun tidak semua wanitai mampu melakukannya.Tetapi jika si dia berjaya membuktikannya, hargailah segala apa daripada usahanya itu.
sumber:: cinta insani duniawi,cinta illahi abadi<3

                                                              ~faey zahra~





No comments:

Post a Comment